GARIS PANDUAN MAKLUMAN DAN PELAPORAN PROGRAM PROMOSI USIM
MUAT TURUN
Garis panduan ini bertujuan memastikan semua aktiviti promosi akademik yang dilaksanakan oleh fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTj) dilaporkan dengan teratur dan diselaraskan kepada Bahagian Pemasaran & Kemasukan Pelajar(BPKP) ,Pusat Pengurusan Akademik (PPA). bagi tujuan pemantauan, rekod dan pelaporan.
Terpakai kepada semua fakulti dan PTj yang menjalankan aktiviti promosi akademik, termasuk:
• Taklimat atau jelajah promosi ke sekolah/institusi dalam negara dan luar negara.
• Pameran pendidikan, karnival atau ekspo pengajian tinggi.
• Program dalam talian berkaitan promosi kemasukan pelajar dalam negara dan luar negara
• Hebahan digital atau kolaborasi promosi dengan agensi luar.
• Kunjungan sekolah dalam negara ke USIM
Sebelum Aktiviti
• Fakulti/PTj hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Pemasaran & Kemasukan Pelajar(BPKP),Pusat Pengurusan Akademik (PPA) apabila menyertai/menganjurkan program promosi di peringkat fakulti/PTj
• Maklumat yang perlu dimaklumkan kepada Bahagian Pemasaran dan Kemasukan Pelajar,PPA Adalah melalui Imbasan QR yang dilampirkan .
• Mengambil Kit Promosi di Bahagian Pemasaran dan Kemasukan Pelajar, Bangunan Dataran Selera,PPA
Semasa Aktiviti
• Fakulti/PTj perlu memastikan bahan promosi (logo,brosur, banner, video, QR code) menggunakan maklumat terkini .
• Ambil gambar aktiviti untuk rekod dan laporan.
Selepas Aktiviti
• Laporan aktiviti boleh diemelkan kepada Bahagian Pemasaran & Kemasukan Pelajar(BPKP),Pusat Pengurusan Akademik (PPA).
(Imbas QR untuk Borang Laporan Aktiviti Promosi seperti di LAMPIRAN)
• Laporan boleh diemelkan ke study@usim.edu.my.
• Bahagian Pemasaran & Kemasukan Pelajar(BPKP) ,Pusat Pengurusan Akademik (PPA) akan disimpan dalam Rekod Aktiviti Promosi Akademik Universiti
• Laporan keseluruhan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Promosi USIM.