1. Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman seperti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau agensi swasta.
  2. Iklan berkaitan tawaran biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui akhbar–akhbar utama di Malaysia. Saudara/i hendaklah sentiasa peka dengan pelawaan tawaran yang dikeluarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman dari semasa ke semasa.
  3. Saudara/i dinasihatkan supaya merujuk dan meneliti maklumat Pembiayaan Pendidikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang boleh dimuat turun daripada laman web www.ptptn.gov.my (PTPTN) dan www.jpa.gov.my (JPA).