1. Pelajar perlu membuat permohonan Tarik Diri Universiti secara bertulis dengan menyatakan alasan kepada Dekan fakulti atau terus ke Bahagian Pengurusan Akademik.
  2. Sekiranya pelajar membuat permohonan Tarik Diri Universiti kepada Dekan Fakulti, Fakulti perlu memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik berkenaan permohonan tersebut bagi mengeluarkan surat pengesahan Tarik Diri Universiti.
  3. Bahagian Pengurusan Akademik akan mengubah status pelajar kepada Tarik Diri di dalam modul capaian Kemasukan Sistem al- A’aliyah. Tarikh berkuatkuasa penarikan diri pelajar adalah berdasarkan tarikh surat permohonan pelajar.
  4. Bahagian Pengurusan Akademik mengeluarkan surat pengesahan Tarik Diri Universiti dengan mengambilkira beberapa perkara berkenaan bayaran yuran pengajian pelajar. Bayaran–bayaran yang telah pelajar jelaskan kepada USIM tidak akan dikembalikan kecuali dalam keadaan berikut:
    • Jika pelajar menarik diri sebelum berakhir minggu kedua semester (dikira dari tarikh permulaan semester), 75% daripada yuran pengajian akan dikembalikan dan tiada sebarang pemulangan yuran yang lain.
    • Jika pelajar menarik diri di antara minggu ketiga hingga minggu kesepuluh semester (dikira dari tarikh permulaan semester), 50% daripada yuran pengajian akan dikembalikan dan tiada sebarang pemulangan yuran yang lain.
    • Jika pelajar menarik diri selepas berakhirnya minggu kesepuluh semester (dikira dari tarikh permulaan semester), tiada sebarang pemulangan yuran pengajian akan dibuat.