Syarat Kemasukan Sarjana Muda (Warganegara) 2023-2024
SYARAT AM KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM Sesi Akademik 2023/2024 SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN STPM SESI AKADEMIK 2023/2024 SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN MATRIKULASI/ASASI SESI AKADEMIK 2023/2024 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira ; dan Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dan Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian Universiti English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 Tahun 2021 atau Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira ; dan Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ; dan Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam Malaysian Universiti English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 Tahun 2021 atau Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN STAM SESI AKADEMIK 2023/2024 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira ; dan Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; dan Mendapat sekurang-kurangnya Band 1.0 dalam MalaysianUniversiti English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula Sesi 1 Tahun 2021 atau Band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=