Syarat Kemasukan Sarjana Muda (Warganegara) 2023-2024
Diploma (1) Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.70 dan (2) Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/ 6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: • Bahasa Arab/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab Komunikasi/ Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/ Turath Bahasa Arab/ Al-Adab Wa Al-Balaghah • Mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut: • Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al- Sunnah/ Hifz Al Quran/ Maharat Al Quran/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Turath Dirasat Islamiah/ Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/ Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah dan (3) Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/ 8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: • Matematik • Bahasa Inggeris dan (4) Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun semasa mengemukakan permohonan dan (5) Calon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka dan (6) Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai dan (7) Lulus ujian MEdSI dan melepasi tahap minimumUjian MEdSI, lulus Ujian Khas dan temuduga yang ditetapkan * Catatan : Untuk makluman, program ini merupakan program Sarjana Muda Pendidikan yang tiada jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian kelak. SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA 72
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=