Syarat Kemasukan USIM - Sarjana Muda

6 SYARAT AM KEMASUKAN BAGI LEPASAN DIPLOMA/SETARAF Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalammata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan Mempunyai kelulusan Diploma IPTA/ILKA/IPTS atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau Lulus Peperiksaan STPM tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am ; atau Matrikulasi/Asasi tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ; atau STAM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level / International Baccalaureate Diploma / Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=