Syarat Kemasukan USIM - Sarjana Muda

62 APEL adalah Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Secara umumnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari: KAEDAH •Di buka sepanjang tahun •Pengambilan terus oleh USIM (tanpa melalui KPM) • Terbuka untuk semua program kecuali Perubatan dan Pergigian SYARAT KEMASUKAN •Warganegara Malaysia •Berumur 21 tahun mulai 1 Januari pada tahun permohonan •Lulus Penilaian APEL •Menunjukkan penguasaan dalam Bahasa Arab melalui ujian/penilaian yang ditetapkan oleh USIM DOKUMEN YANG DIPERLUKAN •Salinan Kad Pengenalan, Sijil Penilaian APEL, Sijil Bahasa Arab (jika ada), Sijil Akademik (jika ada)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=