Apa itu IKLA?
Imtihan al-Kafaah li al-Lughah al-Arabiyyah (IKLA) adalah peperiksaan yang mengukur tahap kecekapan bahasa Arab pelajar dalam 4 kemahiran iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan di USIM

Syarat Pengambilan IKLA
Tiada syarat ditetapkan untuk calon menduduki peperiksaan IKLA
Kelayakan IKLA
Pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM / STAM / STPM / Diploma / Matrikulasi dan berminat untuk menyambung pengajian peringkat Tamhidi, Ijazah Sarjana Muda serta Ijazah Lanjutan di USIM
Jadual Ujian IKLA
Jadual ujian boleh dirujuk melalui kalender di Portal Majlis Peperiksaan Malaysia
Sukatan Peperiksaan IKLA
Buka laman web Majlis Peperiksaan Malaysia: http://www.mpm.edu.my
Klik pada ruangan “Calon Peperiksaan” di sebelah kanan laman web berkenaan.
Klik pada butang “IKLA”
Kertas peperiksaan IKLA terdiri daripada empat (4) kemahiran berikut:
- Kertas 500/1 : Kemahiran bertutur (مهارة الكلام)
- Kertas 500/2 : Kemahiran Membaca (مهارة القراءة)
- Kertas 500/3 : Kemahiran Menulis (مهارة الكتابة)
- Kertas 500/4 : Kemahiran mendengar (مهارة الاستماع)
Kaedah Pengajaran IKLA
Tiada kaedah pengajaran yang ditetapkan untuk menduduki peperiksaan IKLA kerana ia adalah peperiksaan yang mengukur tahap kecekapan calon dalam empat kemahiran Bahasa Arab iaitu kemahiran bertutur, membaca, menulis dan mendengar.
DAFTAR PEPERIKSAAN IKLA
Daftar Peperiksaan IKLA
Yuran Ujian IKLA
RM150.00 sahaja
SEMAK SLIP PEPERIKSAAN IKLA
SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN IKLA
Sebarang pertanyaan berkenaan IKLA, sila hubungi
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM
Tel: 06-7980292 Emel: zumaiahhisam@usim.edu.my
Anda juga boleh Whatsapp untuk sebarang pertanyaan di 011-13176773 atau klik butang di bawah:
