Kaedah Pembayaran Yuransdecadmin2021-01-26T09:47:00+00:00
- Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat.
- Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 118xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, nombor akaun BIMB 05058010021488.
- Pilih menu lain-lain
- Pilih pembayaran bil & yuran IPT
- Pilih Yuran IPT
- Pilih akaun pembayar
- Masukkan No.kad pengenalan pelajar
- Pilih No. Bil yang ingin dibayar berdasarkan No. matrik pelajar:
Contoh –
Ijazah Sarjana Muda : 1090988xxxxx
Sarjana : 3090145xxxxx
Dokor Falsafah : 4090144xxxxx
Tamhidi : 9090225xxxxx - Masukkan amaun yang hendak dibayar. (Jumlah sebenar seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan)
- Tekan teruskan dan dapatkan resit untuk simpanan dan rujukan
Sebelum menggunakan sistem ini, pengguna perlulah berdaftar dengan perbankan internet terlebih dahulu.
ii. Klik pada menu “Finance” dan paparan “My Payment” dan “My Ledger”
iii. Klik menu “My Ledger” dan paparan seperti di bawah:
iv. Klik pada menu “My Payment” untuk membuat bayaran yuran. Sila ikut langkah seterusnya.
- Layari https://www.bankislam.biz/
- Klik Internet Banking Login
- Masukkan ID Pengguna, kata laluan dan klik Login
- Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
- Pilih Universiti Sains Islam Malaysia pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
- Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
- Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
- Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
- Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
- Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda.
- Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
- Cetak slip bayaran untuk rujukan.
Pemeriksaan Kesihatansdecadmin2021-01-26T14:26:12+00:00
- Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.
- Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan. Borang ini boleh didapati di Pusat Pakar Kesihatan USIM pada hari pemeriksaan kesihatan.
- Pemeriksaan Kesihatan hanya boleh dilakukan di Pusat Pakar Kesihatan USIM. Bayaran pemeriksaan kesihatan ini telah diambil kira dalam yuran minggu suai kenal yang telah dibayar oleh saudara/i.
- Saudara/i hendaklah mendapatkan keizinan pembedahan dengan mengisi Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan. Borang ini perlu ditandatangani oleh Ibu Bapa / Penjaga.
- Borang AKAD A/08 ini hendaklah diserahkan di Pusat Pakar Kesihatan USIM semasa menjalani pemeriksaan kesihatan.
Dasar Tarik Diri Universitisdecadmin2021-01-26T15:54:28+00:00
- Pelajar perlu membuat permohonan Tarik Diri Universiti secara bertulis dengan menyatakan alasan kepada Dekan fakulti atau terus ke Bahagian Pengurusan Akademik.
- Sekiranya pelajar membuat permohonan Tarik Diri Universiti kepada Dekan Fakulti, Fakulti perlu memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik berkenaan permohonan tersebut bagi mengeluarkan surat pengesahan Tarik Diri Universiti.
- Bahagian Pengurusan Akademik akan mengubah status pelajar kepada Tarik Diri di dalam modul capaian Kemasukan Sistem al- A’aliyah. Tarikh berkuatkuasa penarikan diri pelajar adalah berdasarkan tarikh surat permohonan pelajar.
- Bahagian Pengurusan Akademik mengeluarkan surat pengesahan Tarik Diri Universiti dengan mengambilkira beberapa perkara berkenaan bayaran yuran pengajian pelajar. Bayaran–bayaran yang telah pelajar jelaskan kepada USIM tidak akan dikembalikan kecuali dalam keadaan berikut:
- Jika pelajar menarik diri sebelum berakhir minggu kedua semester (dikira dari tarikh permulaan semester), 75% daripada yuran pengajian akan dikembalikan dan tiada sebarang pemulangan yuran yang lain.
- Jika pelajar menarik diri di antara minggu ketiga hingga minggu kesepuluh semester (dikira dari tarikh permulaan semester), 50% daripada yuran pengajian akan dikembalikan dan tiada sebarang pemulangan yuran yang lain.
- Jika pelajar menarik diri selepas berakhirnya minggu kesepuluh semester (dikira dari tarikh permulaan semester), tiada sebarang pemulangan yuran pengajian akan dibuat.
Biasiswa / Pinjamansdecadmin2021-01-26T14:31:23+00:00
- Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman seperti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau agensi swasta.
- Iklan berkaitan tawaran biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui akhbar–akhbar utama di Malaysia. Saudara/i hendaklah sentiasa peka dengan pelawaan tawaran yang dikeluarkan oleh pemberi biasiswa/pinjaman dari semasa ke semasa.
- Saudara/i dinasihatkan supaya merujuk dan meneliti maklumat Pembiayaan Pendidikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang boleh dimuat turun daripada laman web www.ptptn.gov.my (PTPTN) dan www.jpa.gov.my (JPA).
Application AdmissionWebmaster2021-02-02T08:24:02+00:00
Applicants can apply via online at https://ipps.usim.edu.my/ and fill the prescribed forms. Forms and supporting authenticated documents must then be submitted through online or mailed to the office.
For Malaysian-Student that have Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), please apply through UPUOnline
For not have SPM, please apply on our system https://eug.usim.edu.my or email to ug@usim.edu.my
Please apply directly to upuonline