PANDUAN PENYERTAAN
PERTANDINGAN PEMASARAN PROGRAM AKADEMIK USIM BAGI REKA BENTUK VIDEO MULTIMEDIA USIM ADMISSION (VMUA)
A. Maklumat Pertandingan:
- Video Multimedia USIM Admission (VMUA) dianjurkan oleh Pusat Pemasaran & Kemasukan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia.
- Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni USIM.
- Tempoh pertandingan pada 1 hingga 31 Julai 2021.
B. Konsep Pertandingan
- Mempromosikan program akademik di peringkat Sarjana Muda yang terdapat di USIM.
- Genre (jenis karya) terbuka kepada animasi, drama, sketsa, persembahan atau dokumentari.
- Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk video pendek. Semua elemen multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi dibenarkan digunakan dalam menghasilkan video ini.
- Video yang dihasilkan mestilah mempunyai tiga elemen utama iaitu keunikan program, kepakaran yang dimiliki oleh program dan prospek kerjaya.
- Setiap video mestilah berdurasi TIGA (3) HINGGA EMPAT (4) MINIT termasuk semua grafik, animasi ataupun kesan khas yang digunakan.
C. Kelayakan pertandingan
- Terbuka kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.
- Penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan tidak melebihi lima orang.
- Setiap penyertaan perlu mengisi borang disini.
- Borang yang diisi perlu di muat naik bersama poster promosi dan video yang dihasilkan.
- Video tersebut mestilah mempunyai resolusi minimum 1080p.
D. Terma dan Syarat
- Video perlu dimuat naik dalam borang dalam talian yang telah diberikan.
- Durasi video mestilah diantara DUA hingga EMPAT MINIT.
- Video yang dihantar perlulah dalam format .mp4 serta berdefinisi 1080.
- Peserta yang berjaya ke peringkat saringan akan dimaklumkan melalui emel.
- Keputusan juri adalah muktamad.
E. Lain-lain
- Video yang dihantar mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festival filem/video di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Peserta hendaklah memaparkan maklumat tepat selari dengan konsep yang telah dipilih.
- Penerbitan yang mempunyai unsur seks, jenayah, fitnah, menghina dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara akan ditolak.
- Setiap individu dan berkumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
- Kos penyediaan video multimedia adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- Penyertaan adalah percuma.
- Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Penganjur akan memberi kenyataan melalui emel apabila penyertaan diterima.
- Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
- Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
- Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
- Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
- Peserta mestilah membenarkan VMUA menggunakan video tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
- Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
- Kreativiti lain peserta akan turut dinilai seperti poster promosi dan hasil video gabungan pelbagai elemen multimedia.
- Penghantaran awal penyertaan satu kelebihan.
F. TUNTUTAN HAK CIPTA
- Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP)
- Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar berhak untuk menerbitkan, memapar, menyunting, mengedar dan menayangkan mana-mana hasil karya yang telah dipertandingkan untuk apa-apa tujuan penganjur.
G. KRITERIA PENGHAKIMAN
- Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan berikut:
Idea = 40 markah
Kreativiti = 40 markah
Menepati tema = 10 markah
Views = 10 Markah
Keseluruhan = 100 markah
H. SENARAI HADIAH
- Tempat Pertama: RM 600.00 beserta Sijil Penghargaan dan markah e-Tulabiyyah
- Tempat Kedua: RM 400.00 beserta Sijil Penghargaan dan markah e-Tulabiyyah
- Tempat Ketiga: RM 200.00 beserta Sijil Penghargaan dan markah e-Tulabiyyah
- 3 X Saguhati : RM 100.00 beserta Sijil Penghargaan dan markah e-Tulabiyyah
- e-Sijil Penyertaan beserta markah e-Tulabiyyan
Sebarang pertanyaan lanjut:
Urusetia Sekretariat Pertandingan Video Multimedia USIM Admissions
Pusat Pemasaran & Kemasukan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 1, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai
Negeri Sembilan, MALAYSIA
Emel: marketing@usim.edu.my