Skip to content
Pemeriksaan Kesihatan
- Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.
- Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan. Borang ini boleh didapati di Pusat Pakar Kesihatan USIM pada hari pemeriksaan kesihatan.
- Pemeriksaan Kesihatan hanya boleh dilakukan di Pusat Pakar Kesihatan USIM. Bayaran pemeriksaan kesihatan ini telah diambil kira dalam yuran minggu suai kenal yang telah dibayar oleh saudara/i.
- Saudara/i hendaklah mendapatkan keizinan pembedahan dengan mengisi Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan. Borang ini perlu ditandatangani oleh Ibu Bapa / Penjaga.
- Borang AKAD A/08 ini hendaklah diserahkan di Pusat Pakar Kesihatan USIM semasa menjalani pemeriksaan kesihatan.
sdecadmin2021-01-26T14:26:12+00:00