1. Serahkan kepada Teller Slip Pembayaran Bil / Bill Payment yang telah diisi maklumat.
  2. Untuk membuat pembayaran yuran, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 118xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, nombor akaun BIMB 05058010021488.
  1. Pilih menu lain-lain
  2. Pilih pembayaran bil & yuran IPT
  3. Pilih Yuran IPT
  4. Pilih akaun pembayar
  5. Masukkan No.kad pengenalan pelajar
  6. Pilih No. Bil yang ingin dibayar berdasarkan No. matrik pelajar:
    Contoh –
    Ijazah Sarjana Muda : 1090988xxxxx
    Sarjana : 3090145xxxxx
    Dokor Falsafah : 4090144xxxxx
    Tamhidi : 9090225xxxxx
  7. Masukkan amaun yang hendak dibayar. (Jumlah sebenar seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan)
  8. Tekan teruskan dan dapatkan resit untuk simpanan dan rujukan

Sebelum menggunakan sistem ini, pengguna perlulah berdaftar dengan perbankan internet terlebih dahulu.
ii. Klik pada menu “Finance” dan paparan “My Payment” dan “My Ledger”
iii. Klik menu “My Ledger” dan paparan seperti di bawah:
iv. Klik pada menu “My Payment” untuk membuat bayaran yuran. Sila ikut langkah seterusnya.

  1. Layari https://www.bankislam.biz/
  2. Klik Internet Banking Login
  3. Masukkan ID Pengguna, kata laluan dan klik Login 
  4. Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
  5. Pilih Universiti Sains Islam Malaysia pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
  7. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
  8. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
  9. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
  10. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
  11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda.
  12. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
  13. Cetak slip bayaran untuk rujukan.